Sunday, February 26, 2012

CARA PENTERNAK DAHULU KALA.....MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA.

Zaman mak ayah saya dulu,,,sekitar tahun 1994...tak ada lagi incubator...semua pakai cara konvensional. Masa tu kalau nak cepat tambah anak ayam kena main tipu....bukan tipu tapi trick untuk MAJU.
Macam ni...

Seekor induk akan bertelur sekitar 15 biji...Pilih 10 biji yang paling comel untuk dia eramkan... 5 biji lagi kumpul untuk dijual. Buat cara yang sama pada induk yang lain.

Apabila menetas, anak ayam dari 3 ekor induk dikumpulkan dan dibawa/diserahkan kepada seekor induk sahaja. Maknanya, induk ini akan bawak anak lebih kurang 25 - 30 ekor. Induk yang 2 ekor lagi dibasahkan badannya dan dikurung/ diasingkan selama seminggu. Lepas itu baru dilepaskan bergaul dengan penjantan. Lewat-lewat pun, 2 minggu selepas keluar jail, 2 induk itu akan bertelur semula.

Bagi induk yang bawak anak, dikurung dalam reban pengasingan sehingga bulu kepak anak-anaknya tumbuh dan diberi makan dedak hitam. Kalau ada 2 - 3 ekor induk yang bawak anak pada masa yang sama, elak meletakkannya dalam satu tempat. Berperang induk-induk tu.

Reban/kotak pengasingan ini yang jadi persolan sekarang

Reban pengasingan
1. Terasing dari ayam dewasa yang lain
2. Muatan/keluasan: ikut target berapa ekor anak sekali menetas. Ikut jumlah kotak pengasingan.
3. Tinggi: boleh selesa berjalan di dalamnya, tak payah tunduk.

Kotak pengasingan
1. Khusus untuk satu induk dan anak-anaknya (25 - 30 ekor)
2. Luas: ikut jumlah anak. (25 - 30 anak minima 3 kaki X 3 kaki)
3. Tinggi: 1 kaki
4. Boleh disusun bertingka-tingkat untuk jimat ruang. Bila buat cara 'rumah pangsa' pastikan kotoran dari atas tak jatuh ke kotak bawah.
5. Lepas guna 2 kali, keluarkan kotak dan bersihkan, elok sembur racun untuk elak penyakit.

Dengan cara ini, anak ayam akan jadi lebih sihat, aktif dan jimak kos. Yang kena tipu tu 2 ekor induk yang kena bertelur semula walaupun baru lepas pantang.
Harap dapat membantu.

PETUA UNTUK AYAM KAMPUNG

Anda pernah dengar khasiat POKOK MERUNGGAI? tanya orang India, mereka tentu tahu dan mereka suka makan, buah dia macam kacang panjang tapi besar sikit...keras sikit. Banyak tanam dekat kuil

Merunggai ni mudah tanam, cacak batang dalam tanah, insyaallah hidup. Daun dia bila dicantas cepat tumbuh semula...elok untuk kambing, lembu dan ternakan lain...cepat besar...Kelebihannya ialah kerana kadar protin yang tinggi dan faktor antinutrisi yang rendah.

Ayam kampung kalau dah bela banyak tentu terang kawasan reban tu dibuatnya. Langsung tak ada rumput. Pokok-pokok rendah semua tak berdaun. Kalau bagi daun ni adalah juga sumber klorofil (baik kuning telur) Kurang sikit masalah 'makan bulu' dan tinggi pengeluaran telur.

Sedikit fakta tentang daun merunggai

The leaves contains:
4 times as much Vitamin A as carrots
7 times as much Vitamin C as Oranges
Double as much proteins and calcium as milk.
And additionally Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Iron, Zinc, Potassium and many more minerals.


NAMA HERBA : Merunggai, Ramunggai, Rembugai, Lembugai, Kacang Kelur.
NAMA SAINTIFIK : Moringa Oleifera Lam.
BOTANI :
Ditanam secara biji tetapi lebih kerap ditanam secara keratan dahan yang dicucuk terus di tapak tanaman. Daun majmuk terbahagi 2 atau 3 helai daun kecil dan banyak pada setiap daun. Bunga kecil dalam jambak yang besar, berwarna putih atau kuning muda dan wangi.


 

Thursday, February 23, 2012

Sampar Ayam (Newcastle Disease)

Untuk membantu pihak JPV dalam kempen kesedaran mengenai penyakit SAMPAR AYAM, maka teman menulis entry yang serba ringkas ini untuk tatapan para pengunjung blog ini.

Penyakit sampar ayam disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Paramyxoviridae. Ianya sangat mudah merebak dan menyebabkan kematian ayam besar-besaran. Ramai penternak yang menggulung tikar disebabkan oleh penyakit ini.

Sekalipun, ia dikelaskan sebagai penyakit yang membunuh, tetapi ia tidak berbahaya kepada manusia. ``Jika terkena kepada manusia sekalipun, ia hanya menyebabkan kesan yang sangat ringan seperti radang pada lapisan lembut depan mata (konjunktiva) atau rengsa pada anak tekak (laringitis).

Antara tanda-tanda ayam terkena penyakit ini adalah seperti berikut:

 Ayam kelihatan monyok, bulu meremang, kepak jatuh dan berak cair kehijauan

Kepala teleng akibat gangguan saraf  .Kematian yang tinggi dalam masa yang singkat dan melibatkan semua peringkat umur
Jadi, untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko sampar ayam, apa yang anda boleh lakukan ialah:
VAKSIN AYAM ANDA!!!! 

Maklumat kepada semua :
Vaksin yang sesuai untuk penyakit ini ialah ND+IB 201 vaccine atau ND+IB 202 vaccine. Kedua-dua vaksin ini dicampur dalam air sejuk dan diberi minum kepada ayam. Satu vial vaksin boleh diberi kepada 1000 ekor ayam.
 

Thursday, February 16, 2012

INCUBATOR DAN PERALATAN INCUBATOR UNTUK DIJUAL DAN DITEMPAH

Untuk post kali ini, teman ingin war-warkan perkhidmatan yang teman buat sudah hampir 3 tahun. Alhamdullillh, sambutan yang amat baik dari masa ke masa. Hampir setiap pelusuk negeri-negeri di Malaysia pernah berurusan dengan pihak teman termasuk yang paling jauh Labuan Sabah.

Bagi anda yang masih tercari-cari dimana nak dapatkan semua peralatan penting bagi sesebuah incubator. Anda boleh dapatkan dari teman.

HARGA BOLEH DIRUNDING UNTUK JUMLAH TEMPAHAN DAN ORDER YANG BANYAK.



HARGA THERMOSTAT JENIS JAEGER model FST-ZA40 RM 55

Wednesday, February 15, 2012

CARA MENINGKATKAN PENETASAN GUNA INCUBATOR

Sedikit ilmu yang ingin teman kongsikan. Moga boleh dijadikan pedoman pada sahabat penternak semua.

CARA MENINGKATKAN PENETASAN GUNA INCUBATOR


Sering kita membincangkan mengenai kepentingan menggunakan incubator dalam urusan kita seharian menternak. Banyak kebaikan dan keburukanya mengikut sejauh mana kita memahaminya. Namun perkara pokoknya adalah untuk kita memahami incubator sebagai satu alat bantuan kepada petani untuk menambahbaikan peratusan penetasan dan memudahkan pengurusan baka kita diladang atau reban. Dengan meniru keperluan sebiji telur untuk mngeram, kita mereka alat yang mampu menetaskan telur dalam jumlah yang banyak tanpa bergantung kepada ibu ayam tersebut.

kadang kala kita terdengar tentang kejayaan menetas incubator adalah bergantung kepada sejauh mana kecanggihan serta kepandaian situkang reka untuk mereka incubator mereka. dan dari situlah bermulanya kepercayaan kita kepada kotak ajaib yg kononya mampu menyelesaikan segala masalah mengenai penetas telur ayam ini. Kadang kala juga kita terdengar yang seseorang mampu menetaskan telur dengan incubator yang sangat simple atau minima seting nya dan masih percaya dengan incubator cabuknya walaupun brand baru sudah berada dalam pasaran serta terkenal dengan kecanggihannya.

Persoalannya mengapa ada pelbagai cakap2 sebegini? adalah masih ada keraguan dalam menggunakan incubator? adakah segala kebaikan incubator ini hanya cakap2 sipembuat incubator untuk melariskan jualannya? dan mengapa telur dalam incubator saya masih kurang kadar penetasanya?..

Sebenarnya persoalan ini sangat mudah untuk dijawab sekiranya anda tahu dimana nak mencari jawapanya.. Untuk soalan kejayaan sesebuah incubator, ada 3 eleman yang perlu anda periksa incubator anda seperti.. suhu, kelembapan dan aktiviti anda.. Aktiviti termasuk lah memastikan incubator anda sentiasa bersih dan bebas dari kuman..

Bagi soalan meningkatkan peratusan penetasan telur ini, jawapannya juga agak mudah kalau anda pernah terbaca petikan dari blog teman, sebenarnya tiada siapa didunia ini mampu menentukan peratus penentasan telur dengan mengunakan incubatornya. Ini kerana terlalu banyak faktor yang tiada kaitan dengan incubator boleh mempengaruhi kadar penentas. Untuk memeudahkan permahaman anda sila ikuti kiraan ini:

Katakan teman mempunyai 100 biji telur untuk dieramkan didalam sesebuah incubator. dan incubaotr teman telah distkan untuk memenuhi segala keperluan telur sepanjang proses peniruan pengeramannya. dan setelah teman periksa telur melalui teknik candling, teman dapati 5 biji telur terpaksa direject sbb terjumpa satu rekahan halus serta terdapat bektiria ring didalamnya. Dan jumlah telur yang perlu teman masukkan hanyalah 95 biji. Pada hari pertama teman tak pusingkan dan teman mula pusingkan pada hari kedua dan seterusnya.

Pada hari ke 5-6 teman kuarkan semua telur sebentar dan melakukan proses canling skali lagi untuk memeriksa proses pembesaran embrio anak ayam dalam telur. Periksa punya periksa teman dapati terdapat 15 biji yang takde benih atau perubahan langsung(perkara biasa yg akan anda jumpa). Teman kuarkan dan yang masih tertinggal didalam incubator hanya 80 biji. Teman teruskan aktiviti mengeram selama 16 hari sebelum teman kuarkan telur sebentar untuk dicandling skali lagi. Setetelah teman skodeng telur ini teman dapati terdapat 10 biji tang terkena jangkitan bakteria ring dimana walaupun telur dah berkembang dengan baik tetepi terbantut setenagh jalan kerana jangkitan kuman dan termasuk yg mati dipertengahan kerana embrionya tak memembesar dgn kadar yg sepatutnya. teman kuarkan..Jumlah yg perlu teman masukkan ke dalam mesen penetas adalah 70 biji sahaja. Teman agak yakin dengan 70 biji yang tinggal ini kerana semuanya mempunyai embrio yang berkembang dengan sekata dan ruang udara dibahagian tumpul telur nampak jelas dan besar.

sampai hari ke 19 mengeram, anak ayam mula keluar dan menetas sepenuhnya. Namun ada beberapa biji yg mati apabila mula sahaja menebuk telur. ada juga yang songsang dimana anak ayam tertebuk di kawasan mengadap lantai penetas dimana anak ayam tak mampu untuk bernafas untuk kali pertama kerana terhimpit dengan lantai(anak ayam terbalik). Dan pada hari terakhir(21).. terdapat 10 biji lagi telur yg tak menetas atas sbb yg teman sendiri tak dapat nak agak sbb bila kita pecahkan semu, embrio berada dalam keadaan baik dan lengkap pembesaranya.

Jumlah anak ayam yang teman berjaya eramkan hanyalah 55 ekor sahaja dari sejumlah 100 biji yang dieramkan.. Oleh itu bagaimana kita nak ukur peratusan penetasan dalam incubator tersebut? adakah 55% sahaja dari 100 biji atau kita mengira dari jumlah telur yg berada dalam penetas iaitu 55 ekor dari 70 biji terakhir yang embrionya sihat selepas kita candling pada hari ke 16? kalau yg ini kita kira,, tentu jumlah penetasnya adalah 80%???

Oleh itu, peratusan penetas bergantung kepada beberapa faktor yang kekadang diluar kemampuan kita untuk mengatasinya, Dan teman juga kekadang bernasib baik apabila dari 100 biji yang teman eramkan, 85 ekor anak ayam berjaya ditetaskan dan kekadang lebih dari itu. oleh itu jgnlah tuan2 hanya bertanyakan tentang peratusan penetasan sesebuah incubator.. sebaliknya tanyakan tentang setting yg dilakukan oleh sipembuat incubaotor seperti suhu yang digunakan, peratusan kelembapan, adakah mudah sesebuah incubator itu dibersihkan, adakah perudaraan didalam incubator itu baik dan sebagainya. Ini kerana peratusan penetas kadang kala akan ditentukan oleh anda sendri sebagai pengguna sesebuah incubator. Ini kerana bagi teman, seolah2 semua incubator yg berada dalam pasaran sekarang mempunyai setting yang sama dan yang membezakanya hanya bekas dan cara ianya beroperasi. tepuk dada tanya selera kan?

Pastikan sebelum anda mengunakan incubator, anda mempelajari dahulu selok belok pengurusan telur serta pengurusan reban supaya anda mempunyai sejumlah telur yang berkualiti tinggi termasuk peratusan benih bagi setiap biji telur. Dan anda mengunakan incubator dengan bijak dan memastikan setiap langkah silakukan sepanjang masa, dan tak semestinya incubator ini akan sentiasa selamat atau sentiasa kosisten dalam kitaranya kerana ianya hanya satu alat yang mempunyai ralat tertentu. Sebaik sahaja anda bersetuju menerima komitment untuk menggunakkan incubator, maka dari situlah anda sudah terikat dengan segala keperluan termasuk masa yg perlu diperuntukkan membelainya.. satu ingatan terakhir dari teman.. tiada jalan pintas untuk berjaya terutama dalam bidang penternakkan..

TANDA-TANDA TERNAKKAN AYAM KITA STRESS

Sedikit ilmu yang ingin teman kongsikan. Sekian lama tak update BLOG...moga boleh dijadikan pedoman pada sahabat penternak semua.


TANDA-TANDA TERNAKKAN  AYAM KITA STRESS

Perkara yg sering penternak ayam kampung asli terlupa adalah untuk mengetahui adakah ayam mereka dalam keadaan stress?. Kita biasanya melepas bebas ternakan kita atau membenarkan ayam ini untuk keluar pada siang hari dan hanya pulang apabila hari dah gelap. Tahukah anda, jika ternakan anda sentiasa berada dalam keadaan stress..ada kemungkinan ia boleh membawa maut.

Biasanya tanda2 stress ini dapat dilihat sekiranya ayam kita dalam keadaan yang kurang baik atau berada dalam keadaan minimum yg sesuai untuk ayam. Antara tanda ayam kita berada dalam keadaan tress adalah melalui kelaukuan mereka semasa direban seperti:

1. Ayam sentiasa dalam keadaan berjaga2 dimana sentiasa menegakkan kepala semasa makan untuk memerhatikan sekeliling( kalau ayam tak stress selamba je makan tak ingat dunia)

2. Ayam akan berterbangan lari sekiranya ada pergerakan yang mengejut seperti barang terjatuh atau hanyunan tangan yg tidak dirancang. Bermaksud ayam sangat peka atau dalam ketakutan.

3. melihat pergerakan ayam yg lebih suka berada ditempat tinggi atau tersorok walaupun diaktu siang dimana kebiasaanya mereka bebas merayap dipersekitaran reban.

4. Ayam kurang berselera untuk makan dan lebih gemar memerhatikan ayam lain makan terlebih dahulu.

5.Ayam sering dilihat tercungap2 bernafas kencang walaupun air disediakan mencukupi dan mengalami kemurungan.

Sekiranya anda mendapati ternakan anda berada dalam keadaan ini, ubatan untuk mengelakkan gejala stress berpanjangan perlu diberi seperti ubat anti stress. Ubat diberi pada ayam sehingga tanda2 ini hilang. Pastikan persekitaraan anda bersih dan ayam "gembira" berada dalam reban. Ubat anti stress mempunyai kandungan glokosa yg tinggi serta vitamin yg diperlukan oleh ayam bagi menghilangkan punca stress yg sedang dialami.

Antara punca stress adalah seperti:

1.Perubahan cuaca atau cuaca extrem yg melanda tempat anda seperti hujan lebat pertama setelah musim kemarau, hujan lebat dan cuaca sejuk pada waktu malam manakala cuaca panas terik diaktu siang atau sebaliknya dan lain2.

2. berlaku serangan pemangsa yang kerap direban anda samaada dari binatang ataupun manusia itu sendiri

3. Reban anda terletak terlalu hanpir dengan pencemaran bunyi atau pencemaran gegaran terutama diwaktu malam yg menyebabkan ayam kurang tidur dan mendapat rehat yg secukupnya.

4. Cahaya lampu yg terlalu terang pada waktu malam yg menyebabkan ayam kurang rehat kerana terlalu berjaga2.

5. Ayam yg baru sampai melalui perjalanan yg jauh.

6. sumber air yg kurang bersih atau terlalu banyak klorin.

7. Bilangan pejantan dan betina yg tidak seimbang menyebabkan pergaduhan merebut betina semasa mengawan kerap berlaku.

8. Kehadiran pelawat yg terlalu kerap juga mempengaruhi kadar stress ayam

9. Reban anda terlalu terbuka dan kurang tempat untuk berteduh melindungi dari cahaya panas.

10. Anda menukar makanan yg biasa diberi secara mengejut

11. Penggunaan vaksin kepada ayam ternakan.

Oleh itu pemerhatian yg baik serta kesedaran anda tentang penggunaan ubat anti stress mampu meningkatkan kadar hidup ternakan anda direban, barjaga2lah terutama ketika musim panas berpanjangan sekarang. Sedangkan kita sendiri kekadang rimas dengan cuaca panas ini , inikan pula ternakan kita..

 

Wednesday, January 4, 2012

DARI MINAT MEMBELA LEMBU KINI MENJADI HASIL PENDAPATAN KELUARGA SELEPAS TERNAKKAN AYAM KAMPONG

Tahun 2011 telah berlalu meninggalkan kita dengan seribu macam cerita dan pengalaman. Yang pastinya banyak mengajar kita erti kehidupan. Ada kegagalan dan kejayaan yang hanya kita setiap sahabat karib rakan ternak yang tahu akan kesannya.

Tiap pengorbanan yang diberikan pasti ada ganjarannya....jangan cepat mengalah. Alhamdullillah, teman terus melangkah mencari , belajar dan berusaha dapatkan bantuan dari pihak Jabatan Haiwan dan Felda...banyak yang telah belajar dari pengalaman yang lepas....kita tidak boleh syok sendiri...menternak ikut cara kita sendiri....tanpa ada panduan yang betul... teman pasti sahabat lain juga sedang berusaha ke arah itu....MENUJU KEARAH PENTERNAK BERWAWASAN DAN BERILMU.

Teman tidak 100% meninggalkan dunia ternakkan ayam kampung.....tetapi memandangkan keadaan ternakkan ayam tidak begitu baik, teman terus berubah haluan sementara menunggu keaadaan ternakkan ayam kembali pulih sepenuhnya.

Hasil dari penat lelah teman adik beradik.....teman kini telah berjaya menternak hampir 47 ekor lembu. Alhamdullillah, pembiakkan lembu-lembu teman amat baik atas jasa baik pemantauan jabatan haiwan Gemas. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK BANYAK MEMBANTU.


Untuk tatapan sahabat ternak yang dihormati semua.....semoga memberi manfaat kepada semua.