Thursday, October 15, 2009

Incubator ku dulu dan sekarang....



Incubator ni takda pintu....kalau nak buka, kena buka bahagian penutup atas... untuk lihat bahagian dalam tanpa membuka penutup... aku ada tebuk lubang angin kat bahagian penutup sebagai ventilation.

Keadaan dalaman incubator......

Beginilah rangka utama 1st incubator yang digunapakai di RazoJr Farm...alhamdullillah kejayaan penetasan ayam guna incubator ini hampir 85%. Rangka dibuat dari bekas plastik lut sinar dibeli di Giant. Ia ringan,lasak dan mudah dicuci.....


Peranti yang aku guna untuk incubator pertama ciptaan sendiri di RazoJr Farm.... thermometer dari jenis digital tapi tanpa humidity reading. Thermostat jenis Rainbow... (julat beza 3 darjah celcius....


Peranti-peranti penting seperti thermostat dan digital thermometer perlu ada untuk pastikan peratusan telur menetas mencapai 90% dan ke atas...... untuk incubator ciptaan terbaru ni, aku guna thermometer yang lengkap dengan pengukur humidity ( harga tak sampai RM 100). Thermostat masih guna brands yang sama macam yang lama....pada aku, walau berapa mahal peranti yang digunakan peratusan penetasan takkan capai 100%....


Telur disusun kemas dan ditandakan tarikh dengan pensil.....pastikan kepala telur ( bahagian paling besar ) berada di atas.


Air sebagai agen pelembap yang perlu ada di dalam incubator.... peratusan kelembapan juga perlu dikawal untuk pastikan. Incubator ni aku design ikut kreativiti sendiri... adaptasi dari incubator yang lama....


Perlu diingatkan...kedudukkan thermostat dan themometer sensor perlu di letakkan di atas telur agar sensor-sensor tersebut dapat mengesan suhu sebenar pada kulit telur. Peratusan keberkesanan 97%.


Beginilah rangka utama incubator yang digunapakai di RazoJr Farm...alhamdullillah kejayaan penetasan ayam setakat ke hari ini hampir 90%. Rangka dibuat dari bekas plastik dibeli di Giant. Kenapa guna plastik...lebih tahan lasak, tidak berkulat dan ianya ringan. Peratusan kelembapan tetap boleh dikawal tanpa ada penyerapan ke dinding incubator.

Setakat ni....belum ada ura-ura nak komisalkan incubator ni walaupun ada beberapa pihak yang mintak buatkan dan jual..... insyaalah, kalau tuan punya incubator ni dah betul-betul yakin dengan penetasan telur2 ayam ni....Pastinya, akan dijual jugak.....

No comments:

Post a Comment