Bulan depan Julai 2010, genap setahun penubuhan RazoJr Farm di palong satu Gemas, NS. Bermacam-macam cabaran telah dilalui dan dengan sabar diatasi sebaik mungkin. Dengan kadar untung bersih yang boleh dikatakan agak lumayan, aku upgrade sedikit reban-reban ayam yang sedia ada dan agak uzur hasil design ibu tersayang yang pada aku cukup otai dan banyak mengajar dan bagi peransang untuk aku teruskan ternakkan yang ada dan yang akan mendatang.
So, untuk post kali ini....banyak bercerita tentang pembikinan reban baru untuk menampung jumlah anak-anak ayam di bawah umur 2 bulan. Target kami, untuk sediakan sebanyak 2 baris reban ayam ni. Setiap baris ada 10 petak berasingan size 5' x 4'.... cukup untuk memuatkan sebanyak 20 ~ 30 ekor anak ayam.
Kayu tiang size 2' x 4', kami cat guna minyak hitam ( dapat free je kat workshop keta). Agar tahan lama dan tak reput dimakan anai-anai.
Antara reban emak yang masih ada dan bakal dirobohkan setelah siap sepenuhnya reban baru kami ni.
Tukang berkaliber yang aku ada... Ini adik aku no 4, kerja kampung sepenuh masa. Bakat bertukang yang ayah aku turunkan terus melekat pada dia.
Pandangan sisi reban ayam yang telah siap setakat ni...masih banyak kerja nak di buat. Tunggu updated akan datang. Budget cost setakat ni hampir cecah RM 800 untuk satu baris reban size 4' x 50'. Target kami setakat ni untuk supply anak-anak ayam kampung kepada penternak sekitar Gemas, bahau, seremban dan tampin... anda boleh datang sendiri dan pilih untuk memuaskan hati ..
No comments:
Post a Comment