Showing posts with label Reban ayam. Show all posts
Showing posts with label Reban ayam. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Terkini di RazoJr Farm

Mood Raya..mood raya gak, tapi kerja2 di ladang tetap berjalan seperti biasa.....malah semakin banyak dan memenatkan.... Tapi kita akan rasa berbaloi dengan usaha kita selama ini bila hasil ternakan bertukar menjadi RM. Alhamdullillah......... tiap usaha penat lelah yang ditaburkan pasti mendatangkan hasil jika laluan kita tepat dan kena pada caranya.

Post kali ini sebenarnya dah post sebulan yang lepas... sebab reban baru ni dah siap sebelum Ramadhan lagi... cuma masa tak mengizinkan maka ianya sedikit delay untuk dipaparkan.




Kawasan yang dulunya semak...kini dah bertukar wajah... dah jadi reban ayam yang agak selesa untuk anak2 ayam yang ada....




Target kami.... pengeluaran yang lebih banyak dan bermutu untuk tahun 2010 ni.... pejam celik dah bulan 9 dah ni.... tempahan untuk Hari Raya dah di tutup untuk pasaran sekitar kawasan Gemas dan Bahau sahaja.... memang tak terlayan, pihak kami mohon maaf atas kekurangan stok.

Wednesday, June 23, 2010

Kerja-kerja upgrade reban anak-anak ayam.

Bulan depan Julai 2010, genap setahun penubuhan RazoJr Farm di palong satu Gemas, NS. Bermacam-macam cabaran telah dilalui dan dengan sabar diatasi sebaik mungkin. Dengan kadar untung bersih yang boleh dikatakan agak lumayan, aku upgrade sedikit reban-reban ayam yang sedia ada dan agak uzur hasil design ibu tersayang yang pada aku cukup otai dan banyak mengajar dan bagi peransang untuk aku teruskan ternakkan yang ada dan yang akan mendatang.

So, untuk post kali ini....banyak bercerita tentang pembikinan reban baru untuk menampung jumlah anak-anak ayam di bawah umur 2 bulan. Target kami, untuk sediakan sebanyak 2 baris reban ayam ni. Setiap baris ada 10 petak berasingan size 5' x 4'.... cukup untuk memuatkan sebanyak 20 ~ 30 ekor anak ayam.


Kayu tiang size 2' x 4', kami cat guna minyak hitam ( dapat free je kat workshop keta). Agar tahan lama dan tak reput dimakan anai-anai.

Antara reban emak yang masih ada dan bakal dirobohkan setelah siap sepenuhnya reban baru kami ni.



Tukang berkaliber yang aku ada... Ini adik aku no 4, kerja kampung sepenuh masa. Bakat bertukang yang ayah aku turunkan terus melekat pada dia.





Pandangan sisi reban ayam yang telah siap setakat ni...masih banyak kerja nak di buat. Tunggu updated akan datang. Budget cost setakat ni hampir cecah RM 800 untuk satu baris reban size 4' x 50'. Target kami setakat ni untuk supply anak-anak ayam kampung kepada penternak sekitar Gemas, bahau, seremban dan tampin... anda boleh datang sendiri dan pilih untuk memuaskan hati ..

Sunday, October 18, 2009

operasi pasang jaring...


Kawasan yang akan dipasang jaring perlu dipastikan terang dan tiada gangguan... Abah tengah sibuk buang pelepah daun kelapa yang terjuntai....


Pintu utama untuk masuk ke reban...... jaring kuning ni size dia 5 inci, memang ayam umur 2 bulan yang dah mula dilepaskan dari reban takkan dapat keluar....


Kerja-kerja di bahagian atas jaring dah siap...cuma bahagian bawah kena tanam dan konkrit ngan simen...tujuan agar biawak tak dapat gali....


Sempadan antara rumah aku dan jiran..memang luas dan lapang...

Pagar dah siap pasang guna jaring saiz 3 inci, bahagian bawah akan ditanam dan dikonkrit....

Friday, October 16, 2009

UKURAN REBAN AYAM RAZOJR FARM

GAMBARAJAH SUSUNAN DAN UKURAN LUAS REBAN
Untuk permulaan ni,RazoJr Farm akan maintain dengan reban ayam yang sedia ada ni..... bila budget untuk tambah reban dengan jumlah ayam bertambah nanti.. bentuk reban akan menjadi huruf " U " dan bukannya " L "

Wednesday, October 14, 2009

Reban Usang emak.....


Yang lama jangan dibuang...maka, tinggal reban ni saja yang masih ada kekal hingga kini.. yang lain dah hangus dibakar.....

Akan datang, post baru tentang pembikinan reban bersistematik atas panduan dari Jabatan Peladang dan penternak Daerah Jempol, NS.

Ilmu untuk semua;

RazoJr