Showing posts with label operasi buat reban.... Show all posts
Showing posts with label operasi buat reban.... Show all posts

Friday, October 16, 2009

Operasi bermula 5....


Reban ayam petak pertama telah siap dipasang jaring mata punai.....saiz untuk petak reban pertama ni kecil sikit dari yang lain... hanya 5' x 12' .....


Kawasan reban hendaklah redup akan ayam-ayam rasa selesa.... gambar menunjukkan reban ayam aku yang dah siap sepenuhnya....


Pandangan jauh reban ayam dari belakang rumah....jarak dari rumah hanya 65m... post akan datang...gambarajah susunan reban dan besar kawasan lepas ayam......semuanya perlu diambil kira agar ayam kampung tidak rasa terkonkong....kita bukan bela ayam daging, duduk lepak dalam reban je...

Thursday, October 15, 2009

Operasi bermula 4...


Kini rangka reban baru ku dah banyak yang siap...batu block yang ada dah siap disimen...cuma belum plaster je.....saiz tiap reban 10' panjang x 12' lebar.....


Antara sudut lain yang nak aku kongsikan.....setakat ke hari ni, keadaan cuaca amat baik, mengizinkan aku dan Nuar kerja dari pagi sampai petang......


Kalau dilihat dari sudut ni, reban aku ni sebenarnya berbentuk " L "..... untuk budget yang ada ni, memadailah sampai Huruf 'L" je..... ikut perancangan, reban ni nanti akan menjadi huruf " U".... boleh anda bayangkan?...


Rasanya esok dah boleh plaster dinding ni.......

Operasi bermula 3.....


Operasi seterusnya setelah semua tiang yang dipacak dah betul-betul teguh.....kerja-kerja mengali longkang keliling reban untuk tujuan tanam konkrit dan besi sebelum susun batu bata dijalankan..... Nuar dan abah aku sedang sibuk meng 'konkritkan' lubang reban...



Keliling reban yang dah siap digali....tunggu masa untuk ditanam besi dan konkritkan....biar kuat dan teguh........




Ayam-ayam aku dah tak sabar nak masuk rumah baru..........menyibuk je....

Kita rehat dulu......


Kerja-kerja susun batu bata diteruskan.........
hari dah petang, esok sambung lagi...

Operasi bermula 2.....

Panjang tiang konkrit 8' akan ditanam sedalam 1' sebelum di konkrit pula dengan simen + pasir + batu.........

Adik ku Anuar bersama jiran ( acam).....bikin lubang..fuhhh, penat gak oooooo....

Nasib malang...tanah agak keras + akar-akar pokok melambatkan proses gali lubang......

Kerja-kerja bikin Reban ayam Utama

Rangka utama reban kami guna tiang konkrit ( harga RM 7 - 3' x 8' ) yang pastinya lebih tahan lama....anai-anai pun tak nak gigit....

Ketinggian dilaras dengan tepat....agar reban ayam kelak tak senget dan sedap mata memandang.....

Setiap tiang yang dipacak akan di konkritkan dengan simen + pasir + batu..........



Tiang-tiang utama dipacakkan ikut pelan utama reban....... nasihat pelan kami dapat dari Jabatan peladang daerah Jempol, NS.......

Amacam....kan lurus tu tiang-tiang konkrit kami pasang ni.......