Showing posts with label incubator. Show all posts
Showing posts with label incubator. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

CARA MENINGKATKAN PENETASAN GUNA INCUBATOR

Sedikit ilmu yang ingin teman kongsikan. Moga boleh dijadikan pedoman pada sahabat penternak semua.

CARA MENINGKATKAN PENETASAN GUNA INCUBATOR


Sering kita membincangkan mengenai kepentingan menggunakan incubator dalam urusan kita seharian menternak. Banyak kebaikan dan keburukanya mengikut sejauh mana kita memahaminya. Namun perkara pokoknya adalah untuk kita memahami incubator sebagai satu alat bantuan kepada petani untuk menambahbaikan peratusan penetasan dan memudahkan pengurusan baka kita diladang atau reban. Dengan meniru keperluan sebiji telur untuk mngeram, kita mereka alat yang mampu menetaskan telur dalam jumlah yang banyak tanpa bergantung kepada ibu ayam tersebut.

kadang kala kita terdengar tentang kejayaan menetas incubator adalah bergantung kepada sejauh mana kecanggihan serta kepandaian situkang reka untuk mereka incubator mereka. dan dari situlah bermulanya kepercayaan kita kepada kotak ajaib yg kononya mampu menyelesaikan segala masalah mengenai penetas telur ayam ini. Kadang kala juga kita terdengar yang seseorang mampu menetaskan telur dengan incubator yang sangat simple atau minima seting nya dan masih percaya dengan incubator cabuknya walaupun brand baru sudah berada dalam pasaran serta terkenal dengan kecanggihannya.

Persoalannya mengapa ada pelbagai cakap2 sebegini? adalah masih ada keraguan dalam menggunakan incubator? adakah segala kebaikan incubator ini hanya cakap2 sipembuat incubator untuk melariskan jualannya? dan mengapa telur dalam incubator saya masih kurang kadar penetasanya?..

Sebenarnya persoalan ini sangat mudah untuk dijawab sekiranya anda tahu dimana nak mencari jawapanya.. Untuk soalan kejayaan sesebuah incubator, ada 3 eleman yang perlu anda periksa incubator anda seperti.. suhu, kelembapan dan aktiviti anda.. Aktiviti termasuk lah memastikan incubator anda sentiasa bersih dan bebas dari kuman..

Bagi soalan meningkatkan peratusan penetasan telur ini, jawapannya juga agak mudah kalau anda pernah terbaca petikan dari blog teman, sebenarnya tiada siapa didunia ini mampu menentukan peratus penentasan telur dengan mengunakan incubatornya. Ini kerana terlalu banyak faktor yang tiada kaitan dengan incubator boleh mempengaruhi kadar penentas. Untuk memeudahkan permahaman anda sila ikuti kiraan ini:

Katakan teman mempunyai 100 biji telur untuk dieramkan didalam sesebuah incubator. dan incubaotr teman telah distkan untuk memenuhi segala keperluan telur sepanjang proses peniruan pengeramannya. dan setelah teman periksa telur melalui teknik candling, teman dapati 5 biji telur terpaksa direject sbb terjumpa satu rekahan halus serta terdapat bektiria ring didalamnya. Dan jumlah telur yang perlu teman masukkan hanyalah 95 biji. Pada hari pertama teman tak pusingkan dan teman mula pusingkan pada hari kedua dan seterusnya.

Pada hari ke 5-6 teman kuarkan semua telur sebentar dan melakukan proses canling skali lagi untuk memeriksa proses pembesaran embrio anak ayam dalam telur. Periksa punya periksa teman dapati terdapat 15 biji yang takde benih atau perubahan langsung(perkara biasa yg akan anda jumpa). Teman kuarkan dan yang masih tertinggal didalam incubator hanya 80 biji. Teman teruskan aktiviti mengeram selama 16 hari sebelum teman kuarkan telur sebentar untuk dicandling skali lagi. Setetelah teman skodeng telur ini teman dapati terdapat 10 biji tang terkena jangkitan bakteria ring dimana walaupun telur dah berkembang dengan baik tetepi terbantut setenagh jalan kerana jangkitan kuman dan termasuk yg mati dipertengahan kerana embrionya tak memembesar dgn kadar yg sepatutnya. teman kuarkan..Jumlah yg perlu teman masukkan ke dalam mesen penetas adalah 70 biji sahaja. Teman agak yakin dengan 70 biji yang tinggal ini kerana semuanya mempunyai embrio yang berkembang dengan sekata dan ruang udara dibahagian tumpul telur nampak jelas dan besar.

sampai hari ke 19 mengeram, anak ayam mula keluar dan menetas sepenuhnya. Namun ada beberapa biji yg mati apabila mula sahaja menebuk telur. ada juga yang songsang dimana anak ayam tertebuk di kawasan mengadap lantai penetas dimana anak ayam tak mampu untuk bernafas untuk kali pertama kerana terhimpit dengan lantai(anak ayam terbalik). Dan pada hari terakhir(21).. terdapat 10 biji lagi telur yg tak menetas atas sbb yg teman sendiri tak dapat nak agak sbb bila kita pecahkan semu, embrio berada dalam keadaan baik dan lengkap pembesaranya.

Jumlah anak ayam yang teman berjaya eramkan hanyalah 55 ekor sahaja dari sejumlah 100 biji yang dieramkan.. Oleh itu bagaimana kita nak ukur peratusan penetasan dalam incubator tersebut? adakah 55% sahaja dari 100 biji atau kita mengira dari jumlah telur yg berada dalam penetas iaitu 55 ekor dari 70 biji terakhir yang embrionya sihat selepas kita candling pada hari ke 16? kalau yg ini kita kira,, tentu jumlah penetasnya adalah 80%???

Oleh itu, peratusan penetas bergantung kepada beberapa faktor yang kekadang diluar kemampuan kita untuk mengatasinya, Dan teman juga kekadang bernasib baik apabila dari 100 biji yang teman eramkan, 85 ekor anak ayam berjaya ditetaskan dan kekadang lebih dari itu. oleh itu jgnlah tuan2 hanya bertanyakan tentang peratusan penetasan sesebuah incubator.. sebaliknya tanyakan tentang setting yg dilakukan oleh sipembuat incubaotor seperti suhu yang digunakan, peratusan kelembapan, adakah mudah sesebuah incubator itu dibersihkan, adakah perudaraan didalam incubator itu baik dan sebagainya. Ini kerana peratusan penetas kadang kala akan ditentukan oleh anda sendri sebagai pengguna sesebuah incubator. Ini kerana bagi teman, seolah2 semua incubator yg berada dalam pasaran sekarang mempunyai setting yang sama dan yang membezakanya hanya bekas dan cara ianya beroperasi. tepuk dada tanya selera kan?

Pastikan sebelum anda mengunakan incubator, anda mempelajari dahulu selok belok pengurusan telur serta pengurusan reban supaya anda mempunyai sejumlah telur yang berkualiti tinggi termasuk peratusan benih bagi setiap biji telur. Dan anda mengunakan incubator dengan bijak dan memastikan setiap langkah silakukan sepanjang masa, dan tak semestinya incubator ini akan sentiasa selamat atau sentiasa kosisten dalam kitaranya kerana ianya hanya satu alat yang mempunyai ralat tertentu. Sebaik sahaja anda bersetuju menerima komitment untuk menggunakkan incubator, maka dari situlah anda sudah terikat dengan segala keperluan termasuk masa yg perlu diperuntukkan membelainya.. satu ingatan terakhir dari teman.. tiada jalan pintas untuk berjaya terutama dalam bidang penternakkan..

Tuesday, June 1, 2010

Ada yang mengeluh............


Ramai yang mengeluh.....""mengapa telor ayam aku tak menetas-netas ni.... kata 21 hari je, ni dah 25 hari tak menetas gak ni.... aduhhhhhhhh.... aku dah kena tipu lah gamaknya...""

Dialog yang mungkin pernah anda dengar dari pelanggan anda.... walaupun anda selalu ingatkan pelanggan anda untuk buat " candling test". TAPI...adakah mereka buat??????

Persoalannya... mengapa kita yang ingin maju ni selalunya pandang remeh pada setiap rutin kerja yang perlukan displin...seperti contohn kerja2 berikut:-
1- candling...
2-pada yg gunakan incubator manual... proses memusingkan telur minimum 3x sehari..
3-mengawal temperature dan humidity rate dalam incubator
4-kebersihan dalaman incubator

Fikirkan di mana kelemahan kita... perkara yang kita terlepas pandang dalam proses penetasan tersebut. Gambar di atas adalah guide line kepada kita untuk pastikan bahawa kita sebenarnya bakal berjaya menetaskan telur dalam incubator kita sendiri.

Wednesday, March 3, 2010

Incubator di RazoJr Farm 28 Feb 2010...

Semakin banyak induk ayam yang ada maka makin banyak telur ayam ditetaskan....kita sebagai penternak yang inginkan kemajuan....maka anda perlu adakan mesin tetas@ incubator yang mencukupi........aku akan tambah 2 lagi incubator baru dalam bulan March ni.....

Design incubator lama.........aku gunakan sebagai tempat telur-telur yang dah hampir 21 hari menetas di sini. Yang lain..aku akan maintain kebersihan tanpa ada kulit telur atau bulu-bulu halus........dengan displin selain memusing-musingkan telur paling minima 3 x sehari, bab kebersihan perlu dititik beratkan....

Ini design yang terbaru.....dah pun terjual dalam 2 unit......



Aku gunakan thermostat type C.A.E.M........biar mahal sikit, tapi ianya memang bagus.......


Kepada yang nak order...boleh call untuk tempahan....

RazoJr 019- 2742497

Friday, December 18, 2009

Incubator air still di upgrade ke Force Air



Dari ilmu yang teman dapat dari kelas Ternakkan kelolaan En Saiful ( CITYPULL Backyard Poultry Farm). Teman upgraded Incubator teman dari air still ke Force air pakai Air Pump ( dibeli di Kedai aquarium ikan) . Kapasiti telur 100 biji.

Incubator teman yang lama--kapasiti telur 150biji.


Sekarang dalam satu-satu masa..teman dapat keluarkan anak ayam kampung sekitar 200 ~ 230 ekor setiap pusingan.....alhamdullillah.

Sunday, December 6, 2009

Incubator force air


Hari ni teman dah belajar sesuatu yang baru....ilmu berguna yang telah dikongsikan oleh saudara Cypul dalam kelas beliau hari ini...beliau telah gantikan kipas dengan pam angin untuk akarium ikan sebagai peranti sistem force air dalam incubators beliau. Kata bro cypul keberkesanan pam angin ini yg diletakkan diatas permukaan air lebih baik dan berjaya meningkatkan kadar kelembapan kepada 60-70%(peratusan standard dalam rumah/reban). Perkara yg jarang teman dapat kalau guna still air. So dengan penggunaan pam angin yg lebih murah dari penggunaan kipas... penggunaan sistem force air adalah lebih menjimatkan dan mampu milik.Kepada mereka yg dah ada incubator still air.. just tambah satu pump angin dan buat sedikit perubahan. Keluarkan bekas air anda yg lama dan besar tu dan gantikan dengan bekas yg lebih kecil.. mungkin besar sikit dari kotak rokok. Lalukan muncung pump tu pada permukaan bekas air untuk meniup udara lembap(air tersejat) ke dalam incubator. Kalau kelambapan masih rendah besarkan sikit bekas air dan tambah kuasa penghembus pada pump anda.. Perlu diingatkan setting yg tak betul boleh menyebabkan pembentukkan lopak air atau kawasan berair hasil penyejukan kembali ap air menjadi air. Kalau air ini terkena atau terbentuk dipermukaan telur akan menyebabkan telur rosak.

Sesuatu yang menjimatkan dan tentunya dapat tingkatkan peratusan penetasan telur ayam yang patut anda tahu. Alat force air yang murah boleh didapati dari mana-mana kedai ikan... kipas berpusing dengan bantuan bearing, anda bayangkan kalau bearing2 tersebut terkena lembapan yang ada dalam incubator...tentunya ianya akan berkarat dan menyebabkan kerosakkan.

post paparan :
http://citypullagro.blogspot.com

Thursday, October 15, 2009

Incubator ku dulu dan sekarang....



Incubator ni takda pintu....kalau nak buka, kena buka bahagian penutup atas... untuk lihat bahagian dalam tanpa membuka penutup... aku ada tebuk lubang angin kat bahagian penutup sebagai ventilation.

Keadaan dalaman incubator......

Beginilah rangka utama 1st incubator yang digunapakai di RazoJr Farm...alhamdullillah kejayaan penetasan ayam guna incubator ini hampir 85%. Rangka dibuat dari bekas plastik lut sinar dibeli di Giant. Ia ringan,lasak dan mudah dicuci.....


Peranti yang aku guna untuk incubator pertama ciptaan sendiri di RazoJr Farm.... thermometer dari jenis digital tapi tanpa humidity reading. Thermostat jenis Rainbow... (julat beza 3 darjah celcius....


Peranti-peranti penting seperti thermostat dan digital thermometer perlu ada untuk pastikan peratusan telur menetas mencapai 90% dan ke atas...... untuk incubator ciptaan terbaru ni, aku guna thermometer yang lengkap dengan pengukur humidity ( harga tak sampai RM 100). Thermostat masih guna brands yang sama macam yang lama....pada aku, walau berapa mahal peranti yang digunakan peratusan penetasan takkan capai 100%....


Telur disusun kemas dan ditandakan tarikh dengan pensil.....pastikan kepala telur ( bahagian paling besar ) berada di atas.


Air sebagai agen pelembap yang perlu ada di dalam incubator.... peratusan kelembapan juga perlu dikawal untuk pastikan. Incubator ni aku design ikut kreativiti sendiri... adaptasi dari incubator yang lama....


Perlu diingatkan...kedudukkan thermostat dan themometer sensor perlu di letakkan di atas telur agar sensor-sensor tersebut dapat mengesan suhu sebenar pada kulit telur. Peratusan keberkesanan 97%.


Beginilah rangka utama incubator yang digunapakai di RazoJr Farm...alhamdullillah kejayaan penetasan ayam setakat ke hari ini hampir 90%. Rangka dibuat dari bekas plastik dibeli di Giant. Kenapa guna plastik...lebih tahan lasak, tidak berkulat dan ianya ringan. Peratusan kelembapan tetap boleh dikawal tanpa ada penyerapan ke dinding incubator.

Setakat ni....belum ada ura-ura nak komisalkan incubator ni walaupun ada beberapa pihak yang mintak buatkan dan jual..... insyaalah, kalau tuan punya incubator ni dah betul-betul yakin dengan penetasan telur2 ayam ni....Pastinya, akan dijual jugak.....