Showing posts with label ayam di Razojr Farm. Show all posts
Showing posts with label ayam di Razojr Farm. Show all posts

Monday, March 29, 2010

musim ayam bertelur......

Purata telur ayam yang dipungut sehari mencapai 25 biji sehari...memang lumayan, ibu-ibu yang boleh di kategorikan " gila mengeram". Punca jadi begini, sebab telur mereka kena curi untuk ditetaskan dalam incubator. Biasanya kami akan tangkap ibu ayam ni dan letakkan dalam reban pemulihan. Selepas 3 ~ 5 hari...kami lepaskan, hasilnya gejala seperti gambar di bawah takkan berlaku lagi.

Panduan yang dikongsikan dari sifu, ibu ayam ni selain diletakkan dalam reban pemulihan.... jika perlu, kita mandikan ayam-ayam ni supaya gila meroyan nak mengeram hilang dan ayam kembali pulih....


Design incubator untuk jualan.....pihak kami telah pun menerima tempahan dari pihak tertentu yang berminat......untuk tempahan, boleh hubungi kami di 019-2742497. Harga boleh runding.



Bekalan untuk musim perayaan

Gambar terkini ternakkan ayam kampung Ori di RazoJr Farm 28 March 2010.












Wednesday, March 3, 2010

Razojr Farm terkini...28 Feb 2010



Ini contoh brooder yang emak aku reka.....open kepada cahaya dan pengudaraan....najis ayam terus jatuh ke tanah..anak ayam sihat dan tumbesaran sekata......

Waktu malam, aku cuma selimutkan dengan kain selimut lama......aku tak gunakan cahaya mentol....memadai dengan selimut, alhamdullillah.....setakat ini, jumlah kematian amat minimum....

anak ayam perlukan rehat dan tidur yang cukup....waktu malam, aku biarkan ayam2 tu bergelap...kita boleh lihat esok pagi punya cergas ayam2 tu bergerak dalam brooder bila selimut di bukak......






Dah hampir 8 bulan masa berlalu untuk pastikan RazoJr Farm masih di takuk lama ataupun semakin maju.......alhamdullillah, kuantiti jumlah ayam yang ada dan yang dah dijual semakin bertambah......untuk pastikan jumlah baka ayam mencukupi....kami beli dari jiran2 dan saudara mara di Johor dan N.Sembilan. Nampak variasi baka ayam pelbagai jenis.........


Sunday, January 31, 2010

Ayam di Razojr Farm...Terkini 30 Jan 2010







Semua kat atas ni antara benih ayam kampung yang berjaya dikeluarkan dari incubator... satu cabaran berat pada RazoJr Farm untuk menjaga kesihatan dan tumbesaran ayam sebesar ni... untuk mengurangkan kadar kematian....kajian demi kajian dibuat...insyaallah pengeluaran akan terus bertambah dari hari ke hari....


Si bandit dengan gah berjalan memerhatikan kawanan ayam-ayam yang lain..



Si Jaguh yang dah pencen....tewas di bedal oleh si bandit.....