Sunday, October 18, 2009

Operasi memagar Kawasan Reban...shopping kat Kemayan.

Hari ni, aku ke kemayan...sempadan NS ngan Pahang untuk beli jaring ikan untuk pagar keliling reban ayam....kos untuk pagar kalau guna pagar besi amat tinggi..so sahabat syorkan aku guna jaring untuk buat sangkar ikan saiz mata 3 inci.....

Taukey kedai sibuk memotong jaring yang aku beli..... lebar 70m X 9m tinggi cukup untuk satu potongan...jualan perkilo...( 1 kilo RM 15)..mintak kurang dapatlah RM13... so berat tiap satu 3 kilo x RM 13 = RM 39. Untuk kawasan reban ayam aku seluas 100m x 180m, lebih kurang 6 potongan jaring diperlukan....

Kat sini pun ada jual incubator.... saiz sesuai untuk 50 biji telur ayam.. harga RM 350, peh mahal gak taukey ni jual....aku tunjukkan contoh incubator aku, taukey mintak aku hantar sample letak kat kedai dia....harga boleh runding...emm, menarik gak tu..

Antara koleksi barangan yang ada kat kedai ni...rata-rata harga boleh dikatakan murah gak banding ngan kedai lain kat pekan besar...
Aku boleh syorkan kat kawan-kawan diluar sana yang nak bikin pagar reban ayam, kambing dan sebagainya...boleh lah datang servey harga.

No comments:

Post a Comment