Sunday, February 26, 2012

CARA PENTERNAK DAHULU KALA.....MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA.

Zaman mak ayah saya dulu,,,sekitar tahun 1994...tak ada lagi incubator...semua pakai cara konvensional. Masa tu kalau nak cepat tambah anak ayam kena main tipu....bukan tipu tapi trick untuk MAJU.
Macam ni...

Seekor induk akan bertelur sekitar 15 biji...Pilih 10 biji yang paling comel untuk dia eramkan... 5 biji lagi kumpul untuk dijual. Buat cara yang sama pada induk yang lain.

Apabila menetas, anak ayam dari 3 ekor induk dikumpulkan dan dibawa/diserahkan kepada seekor induk sahaja. Maknanya, induk ini akan bawak anak lebih kurang 25 - 30 ekor. Induk yang 2 ekor lagi dibasahkan badannya dan dikurung/ diasingkan selama seminggu. Lepas itu baru dilepaskan bergaul dengan penjantan. Lewat-lewat pun, 2 minggu selepas keluar jail, 2 induk itu akan bertelur semula.

Bagi induk yang bawak anak, dikurung dalam reban pengasingan sehingga bulu kepak anak-anaknya tumbuh dan diberi makan dedak hitam. Kalau ada 2 - 3 ekor induk yang bawak anak pada masa yang sama, elak meletakkannya dalam satu tempat. Berperang induk-induk tu.

Reban/kotak pengasingan ini yang jadi persolan sekarang

Reban pengasingan
1. Terasing dari ayam dewasa yang lain
2. Muatan/keluasan: ikut target berapa ekor anak sekali menetas. Ikut jumlah kotak pengasingan.
3. Tinggi: boleh selesa berjalan di dalamnya, tak payah tunduk.

Kotak pengasingan
1. Khusus untuk satu induk dan anak-anaknya (25 - 30 ekor)
2. Luas: ikut jumlah anak. (25 - 30 anak minima 3 kaki X 3 kaki)
3. Tinggi: 1 kaki
4. Boleh disusun bertingka-tingkat untuk jimat ruang. Bila buat cara 'rumah pangsa' pastikan kotoran dari atas tak jatuh ke kotak bawah.
5. Lepas guna 2 kali, keluarkan kotak dan bersihkan, elok sembur racun untuk elak penyakit.

Dengan cara ini, anak ayam akan jadi lebih sihat, aktif dan jimak kos. Yang kena tipu tu 2 ekor induk yang kena bertelur semula walaupun baru lepas pantang.
Harap dapat membantu.

2 comments:

  1. Wak tertarik dengan posting istimewa anda ini, ianya sangat berguna kepada semua yang minat tentang ternakan ayam ini termasuk Wak juge.

    Dulu Wak memang banyak bela ayam kampung, sedikit sebanyak Wak ada juga guna method seperti ini. Tapi sekarang Wak dah tukar minat bela ayam belanda pula. Method nya hampir sama juga dengan ayam kampung tu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete