Wednesday, February 15, 2012

CARA MENINGKATKAN PENETASAN GUNA INCUBATOR

Sedikit ilmu yang ingin teman kongsikan. Moga boleh dijadikan pedoman pada sahabat penternak semua.

CARA MENINGKATKAN PENETASAN GUNA INCUBATOR


Sering kita membincangkan mengenai kepentingan menggunakan incubator dalam urusan kita seharian menternak. Banyak kebaikan dan keburukanya mengikut sejauh mana kita memahaminya. Namun perkara pokoknya adalah untuk kita memahami incubator sebagai satu alat bantuan kepada petani untuk menambahbaikan peratusan penetasan dan memudahkan pengurusan baka kita diladang atau reban. Dengan meniru keperluan sebiji telur untuk mngeram, kita mereka alat yang mampu menetaskan telur dalam jumlah yang banyak tanpa bergantung kepada ibu ayam tersebut.

kadang kala kita terdengar tentang kejayaan menetas incubator adalah bergantung kepada sejauh mana kecanggihan serta kepandaian situkang reka untuk mereka incubator mereka. dan dari situlah bermulanya kepercayaan kita kepada kotak ajaib yg kononya mampu menyelesaikan segala masalah mengenai penetas telur ayam ini. Kadang kala juga kita terdengar yang seseorang mampu menetaskan telur dengan incubator yang sangat simple atau minima seting nya dan masih percaya dengan incubator cabuknya walaupun brand baru sudah berada dalam pasaran serta terkenal dengan kecanggihannya.

Persoalannya mengapa ada pelbagai cakap2 sebegini? adalah masih ada keraguan dalam menggunakan incubator? adakah segala kebaikan incubator ini hanya cakap2 sipembuat incubator untuk melariskan jualannya? dan mengapa telur dalam incubator saya masih kurang kadar penetasanya?..

Sebenarnya persoalan ini sangat mudah untuk dijawab sekiranya anda tahu dimana nak mencari jawapanya.. Untuk soalan kejayaan sesebuah incubator, ada 3 eleman yang perlu anda periksa incubator anda seperti.. suhu, kelembapan dan aktiviti anda.. Aktiviti termasuk lah memastikan incubator anda sentiasa bersih dan bebas dari kuman..

Bagi soalan meningkatkan peratusan penetasan telur ini, jawapannya juga agak mudah kalau anda pernah terbaca petikan dari blog teman, sebenarnya tiada siapa didunia ini mampu menentukan peratus penentasan telur dengan mengunakan incubatornya. Ini kerana terlalu banyak faktor yang tiada kaitan dengan incubator boleh mempengaruhi kadar penentas. Untuk memeudahkan permahaman anda sila ikuti kiraan ini:

Katakan teman mempunyai 100 biji telur untuk dieramkan didalam sesebuah incubator. dan incubaotr teman telah distkan untuk memenuhi segala keperluan telur sepanjang proses peniruan pengeramannya. dan setelah teman periksa telur melalui teknik candling, teman dapati 5 biji telur terpaksa direject sbb terjumpa satu rekahan halus serta terdapat bektiria ring didalamnya. Dan jumlah telur yang perlu teman masukkan hanyalah 95 biji. Pada hari pertama teman tak pusingkan dan teman mula pusingkan pada hari kedua dan seterusnya.

Pada hari ke 5-6 teman kuarkan semua telur sebentar dan melakukan proses canling skali lagi untuk memeriksa proses pembesaran embrio anak ayam dalam telur. Periksa punya periksa teman dapati terdapat 15 biji yang takde benih atau perubahan langsung(perkara biasa yg akan anda jumpa). Teman kuarkan dan yang masih tertinggal didalam incubator hanya 80 biji. Teman teruskan aktiviti mengeram selama 16 hari sebelum teman kuarkan telur sebentar untuk dicandling skali lagi. Setetelah teman skodeng telur ini teman dapati terdapat 10 biji tang terkena jangkitan bakteria ring dimana walaupun telur dah berkembang dengan baik tetepi terbantut setenagh jalan kerana jangkitan kuman dan termasuk yg mati dipertengahan kerana embrionya tak memembesar dgn kadar yg sepatutnya. teman kuarkan..Jumlah yg perlu teman masukkan ke dalam mesen penetas adalah 70 biji sahaja. Teman agak yakin dengan 70 biji yang tinggal ini kerana semuanya mempunyai embrio yang berkembang dengan sekata dan ruang udara dibahagian tumpul telur nampak jelas dan besar.

sampai hari ke 19 mengeram, anak ayam mula keluar dan menetas sepenuhnya. Namun ada beberapa biji yg mati apabila mula sahaja menebuk telur. ada juga yang songsang dimana anak ayam tertebuk di kawasan mengadap lantai penetas dimana anak ayam tak mampu untuk bernafas untuk kali pertama kerana terhimpit dengan lantai(anak ayam terbalik). Dan pada hari terakhir(21).. terdapat 10 biji lagi telur yg tak menetas atas sbb yg teman sendiri tak dapat nak agak sbb bila kita pecahkan semu, embrio berada dalam keadaan baik dan lengkap pembesaranya.

Jumlah anak ayam yang teman berjaya eramkan hanyalah 55 ekor sahaja dari sejumlah 100 biji yang dieramkan.. Oleh itu bagaimana kita nak ukur peratusan penetasan dalam incubator tersebut? adakah 55% sahaja dari 100 biji atau kita mengira dari jumlah telur yg berada dalam penetas iaitu 55 ekor dari 70 biji terakhir yang embrionya sihat selepas kita candling pada hari ke 16? kalau yg ini kita kira,, tentu jumlah penetasnya adalah 80%???

Oleh itu, peratusan penetas bergantung kepada beberapa faktor yang kekadang diluar kemampuan kita untuk mengatasinya, Dan teman juga kekadang bernasib baik apabila dari 100 biji yang teman eramkan, 85 ekor anak ayam berjaya ditetaskan dan kekadang lebih dari itu. oleh itu jgnlah tuan2 hanya bertanyakan tentang peratusan penetasan sesebuah incubator.. sebaliknya tanyakan tentang setting yg dilakukan oleh sipembuat incubaotor seperti suhu yang digunakan, peratusan kelembapan, adakah mudah sesebuah incubator itu dibersihkan, adakah perudaraan didalam incubator itu baik dan sebagainya. Ini kerana peratusan penetas kadang kala akan ditentukan oleh anda sendri sebagai pengguna sesebuah incubator. Ini kerana bagi teman, seolah2 semua incubator yg berada dalam pasaran sekarang mempunyai setting yang sama dan yang membezakanya hanya bekas dan cara ianya beroperasi. tepuk dada tanya selera kan?

Pastikan sebelum anda mengunakan incubator, anda mempelajari dahulu selok belok pengurusan telur serta pengurusan reban supaya anda mempunyai sejumlah telur yang berkualiti tinggi termasuk peratusan benih bagi setiap biji telur. Dan anda mengunakan incubator dengan bijak dan memastikan setiap langkah silakukan sepanjang masa, dan tak semestinya incubator ini akan sentiasa selamat atau sentiasa kosisten dalam kitaranya kerana ianya hanya satu alat yang mempunyai ralat tertentu. Sebaik sahaja anda bersetuju menerima komitment untuk menggunakkan incubator, maka dari situlah anda sudah terikat dengan segala keperluan termasuk masa yg perlu diperuntukkan membelainya.. satu ingatan terakhir dari teman.. tiada jalan pintas untuk berjaya terutama dalam bidang penternakkan..

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete