Tuesday, February 15, 2011

Terima Kasih Sahabat........

Tahun 2010....kita dikejutkan dengan serangan SAMPAR yang dasyat....ramai penternak yang terduduk dek serangan berangkai penyakit ayam yang tak mengenal sikit atau banyak jumlah ternakkan kita.

Aku suka berpesan kepada diri aku sendiri juga sahabat ternak yang lain, agar jangan leka dengan serangan penyakit ini. Sekian lama aku mendiamkan diri..... kini, aku kembali bertenaga untuk berkongsi maklumat kepada semua pembaca.

Serangan berangkai SAMPAR telah menyerang daerah perkampungan aku dan juga semua sempadan negeri di pahang, johor dan negeri sembilan tahun lepas 2010. Di awal tahun 2011, dua kali serangan yang sama menyerang. Awal bulan Feb 2011..... bumi Johor , Negeri sembilan dan Pahang dibasahi hujan yang dasyat. Ramai terpaksa pindah....kerugian berpuluh ribu.  Reban yang basah lembap dicampur dengan wabak SAMPAR telah membunuh ratusan ayam kampung di reban aku. Berat mata memandang..... berat lagi jiwa raga yang menanggung kesedihan.

Dikala aku kesedihan dan kebinggungan......datang hamba ALLAH menghulurkan bantuan. Setinggi-tinggi  TERIMA KASIH  aku dan Family aku atas bantuan yang diberikan. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik beliau......Semoga beliau terus berjaya dalam carrier beliau untuk menjadi Penternak contoh ..... LINDA Poultry

No comments:

Post a Comment